Sunday 14 April 2013

Panduan dan Teknik Untuk Buat Duit Dengan Neobux


Hari ni nak berkongsi pulak camner cara, panduan dan teknik untuk buat duit dengan Neobux, boleh dikatakan mudah dengan Neobux ni berbanding dengan PTC yang lain pasal kite boleh sewa referral ( referral adalah ahli dalam Neobux yang tolong kita dapat duit bila diorang klik iklan setiap hari, so lagi banyak kita sewa, lagi mudah kita nak tambah income kita ). So, untuk permulaan kalau untuk cara yang cepat dan tak perlu nak tunggu lama, mungkin modal sebanyak RM 200 diperlukan untuk kita sewa referral pada peringkat awal kita 'join' Neobux ni. Nak diingatkan, kita boleh menyewa seramai 100 referral setiap seminggu dan had yang boleh kita sewa adalah seramai 300 referral untuk 'Standard' akaun. kalau kita dah upgrade akaun kita kepada 'Gold', anda dah boleh menyewa seramai 2000 referral.

Neobux
























Langkah 1

Untuk minggu pertama, sewa 100 'referral' dengan harga USD 20 iaitu dalam RM66. (anda boleh menyewa 100 'referral' dalam tempoh 7 hari sebelum anda boleh menyewa lagi). Untuk minggu pertama ni, anda perlu klik 4 iklan berwarna oren (iklan berwarna oren adalah iklan yang perlu anda klik untuk mendapatkan hasil daripada referral anda ). Jadi, klik 4 iklan berwarna oren setiap hari. 

Kiraan Pendapatan anda minggu ni :

Jumlah Referral: 100
Klik per Referral: 1.5 klik sehari (paling maksimum 6.0)
Bayaran per Klik: $0.005
Jumlah Hari Sewaan Referral: 30
Pendapatan: 100 X 1.5 X 0.005 X 7 = $5.25 seminggu

Ini kiraan pendapatan anda untuk minggu pertama. Memang agak sedikit untuk minggu pertama ni, so kita teruskan pada Langkah 2.

Langkah 2.

Untuk minggu kedua, anda dah boleh menyewa 100 'referral' lagi, ulangi langkah pertama iaitu klik iklan berwarna oren setiap hari. Info : Referral yang anda sewa adalah untuk tempoh 30 hari dan perkara-perkara berikut boleh anda aktifkan untuk memudahkan anda memantau referral anda nanti .

Aktifkan 'Autopay'

'Autopay' ni memudahkan anda untuk memanjangkan tempoh sewaan bagi setiap referral yang anda sewa bermakna referral ini akan membayar untuk dirinya sendiri apabila referral berkenaan klik iklan pada setiap hari. (tempoh sewaan akan dilanjutkan 1 hari).

Aktifkan 'Autorenew'

'Autorenew' ni lebih kurang macam 'Autopay' jugak cuma kita menggunakan wang kita sendiri untuk melanjutkan tempoh sewaan bagi referral yang kita sewa.

Fungsi 'Recycle'.

Ok, 'recycle' ni agak penting dan kita diingatkan perlu memantau referral kita untuk mengenalpasti referral yang aktif dan yang tidak aktif. Bagi referral yang tidak aktif ataupun tidak membuat sebarang klik untuk tempoh 6 hari daripada tarikh sewaan, anda boleh 'recycle' semula referral berkenaan dengan referral yang lain. Untuk 'recycle' semula referral ini, anda perlu membayar sebanyak 0.07 untuk setiap referral yang di 'recycle'.

Langkah 3

Untuk minggu yang ketiga, anda dah boleh menyewa 100 'referral' lagi dan anda dah mencapai had maksimum untuk sewa referral lagi bagi standard akaun ni. So, target anda selepas ini adalah untuk upgrade akaun anda kepada 'Gold' supaya anda boleh menyewa lebih ramai referral (Max : 2000 referral) dan hasil klik bagi referral untuk 'Gold' akaun akan bertambah sekali ganda daripada 0.005 ke 0.01 untuk setiap klik yang referral anda lakukan.
Kiraan Pendapatan anda minggu ni :

Jumlah Referral: 300
Klik per Referral: 1.5 klik sehari 
Bayaran per Klik: $0.005
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 300 X 1.5 X 0.005 X 30 = $67 sebulan

Langkah 4.

Sekarang ni anda hanya perlu mengumpul $90 untuk anda upgrade keahlian anda kepada 'Gold' akaun. Untuk 'Gold' akaun, hasil klik untuk referral anda akan meningkat sekali ganda jadi anda tidak perlu bimbang. Pada peringkat ini anda perlu menumpukan untuk menyewa seramai 2000 'referral'.
Kiraan Pendapatan anda pada peringkat ni :

Jumlah Referral: 2000
Klik per Referral: 1.5 klik sehari 
Bayaran per Klik: $0.01
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 2000 X 1.5 X 0.01 X 30 = $900 sebulan

Untuk peringkat ini boleh dikatakan agak selesa sebenarnya tapi anda boleh upgrade keahlian anda kepada 'Ultimate' akaun dimana anda boleh menyewa seramai 4000 referral. Untuk 'Ultimate' akaun, yuran keahlian nya adalah sebanyak $890 setahun. Ini adalah kiraan pendapatan anda jika anda mempunyai 'Ultimate' akaun dan 4000 'referral'.

Kiraan Pendapatan anda pada peringkat ni :

Jumlah Referral: 4000
Klik per Referral: 1.5 klik sehari 
Bayaran per Klik: $0.01
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 4000 X 1.5 X 0.01 X 30 = $1,800 sebulan

Disini anda dah boleh mendapat pendapatan sebanyak USD 1,800 sebulan dengan hanya melihat iklan setiap hari. Untuk tidak mengeluarkan modal pun boleh tapi mungkin mengambil masa yang lama untuk anda mencapai pada tahap 'Ultimate' akaun. Bagi yang berminat untuk sertai Neobux boleh lah klik pada banner dibawah ini.






3 comments:

Artikel Menarik